Bismillahhirrahmannirrahim...............
Dah lama Ratna idamkan untuk menulis atas blog sendiri dan nak jadikan sini tempat untuk Ratna berkongsi pengalaman suka duka, Menguatkan Keimanan, Tip2 berkasih sayang yang indah dan mungkin juga penulisan dan luahan Ratna sebelum kembali padaNYA. Mungkin juga buat tatapan insan yang Ratna kasih dan sayang.... Wallah Hu Alam...
Assalamualaikum.....
Ratna nak mulakan blog ni dengan tuliskan ape yang Ratna rasa dari kecil hingga menjadi anak dara sunti seterusnya masuk ke alam pekahwinan... Indah...memang indah.... Itu yang Ratna rasa dalam kehidupan ini... Tapi tuk dapat yang indah kita kena bayar dengan dugaan dari ALLAH SWT.... ALLAH SWT tidak akan memberi kita yang terbaik dengan percuma. Dapat kita mengharungi dugaan dengan sabar, maka berjayalah kita dan dibayar lumayan olehNYA. Itu janji DIA pada kita.
Semasa kecil Ratna sering bersendirian dan bercakap sendiri. Ratna rasa seolah2 ader seseorang bersama Ratna. Yelah masa tu tak tau lg jalan2 ketuhanan ni. Ratna tak ramai kawan tp Ratna boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Mungkin itu ader hikmah sebaliknya..
Ratna dibesarkan oleh keluarga angkat iaitu makcik Ratna sendiri pada usia 7 tahun sehinggalah Ratna habis SPM. Mungkin itupun ader hikmahnyer. Ratna diambil oleh makcik atas dasar ibubapa Ratna bercerai pada waktu itu. Ratna anggap jodoh mereka tak panjang.. Dan mula lah kehidupan Ratna bersama keluarga angkat dan dari situlah Ratna mengenal erti dunia sebenar...
Ratna membesar seperti kanak2 lain... bersekolah...bermain...dan mcm2 yang kanak2 buat... Kalu cuti sekolah Ratna balik ikut mak Ratna....perkara itu berlarutan sehingga Ratna habis SPM...
Opppss....lupa nak bagitau... SRP Ratna not bad gak...dpt agregate A18 dan SPM agak menurun cikit Gred 2 (26)... Ratna ni pandai gak tp tak diizinkan ALLAH SWT tuk Ratna sambung belajar... Ratna pun tak tau kenapa dan mengapa... tp...Ratna okay jer... tetap teruskan kehidupan...
Habis SPM Ratna balik tinggal ngan mak atas alasan nak kerja.. Ratna apply keje Panasonic kat sg way sebagai Techician... dapat coz Ratna ni dari aliran Electronic Vokay dulu... Masa kat sinilah Ratna dihimpit ramai lelaki yang macho2....(perasanlah ckit.hehehehe) tp Ratna ni jenis tak suka lelaki yang tak betul2 suka kat Ratna jadi Ratna jual mahal coz nak tgk sejauh mana lelaki 2 nak dekat ngan kita... Pd satu hari aderlah sorang mamat ni tiba2 jmp Ratna kat kantin kilang pastu ckp famili dier nak dtg umah nak pinang Ratna.... Terkedu Ratna seketika.....dan masa tu terpikir gak , bdk ni tak betul ker...kenal pun tidak, berjumpa pun tak pernah tiba2 famili nak dtg umah.... Rupa2nyer itu tektik dier nak daptkan awek..... Ratna pun diamkan diri...tp mamat ni desak Ratna... Setiap kali terserempak mesti dier tny soalan yang sama. Naik rimas Ratna. Biler asyik di desak Ratna pun wat keputusan...terima je lah mamat ni... lg pun kita org pompun leh sygkan suami secara perlahan2.... Nak dijadikan citer dalam usia yang muda Ratna dipinang org dan berkahwin setelah 1 tahun mengikat tali pertunangan.... Ratna nak bagi tau... waktu remaja Ratna hanya pergi kerja dan balik kerja. Tiada sosial life seperti budak2 bandar yang lain. Lupa Ratna nak bagi tau... Ratna duduk kat Jln Klang Lama dengan keluarga... anak jadi KL lah katakan.... Tp tak pernah pun masuk disko atau ke tempat yang xelok bagi remaja... Mgkin itu pun ketentuan ALLAH SWT.... Ratna dipelihara olehNYA untuk dugaan yang lebih besar.......
Kini tiba masanyer Ratna diijabkabulkan dengan suami Ratna yang setahun tua dari Ratna... Ratna ni jenis tak suka lelaki yang lebih kurang usia dengan Ratna. Tapi Ratna terima mgkin ini jodoh Ratna yang ALLAH SWT tetapkan di Luh Mahfuz.... Kami diraikan dengan meriah sekali dan kenduri dibuat secara besar-besaran... Maklumlah baru pertama kali wat kenduri kawin....jadi mak wat besar2anlah.... Tapi Ratna bagi semua duit hantaran pada mak tuk kenduri... Barang2 lain Ratna main kutu dan beli cikit2 pakai duit gaji. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.... Betullah orang kata.....kita tak akan kenal pasangan kita selagi kita tidak hidup serumah...... betul...memang betul..... Ratna bukan nak mengaibkan sesiapa...tp untuk tatapan sendiri dan juga keluarga.... Ratna tak berapa berkenan cara suami Ratna mengetuai keluarga kami.... tp Ratna bertahan untuk menjaga maruah keluarga. Dalan tahun pertama Ratna mengandung tp kandungan Ratna gugur pada usia 3 bulan.... Tahun kedua pun begitu...jadi Ratna berubatlah kesana kemari....sehingga sampai ke tahun ketiga, lahirlah anak lelaki Ratna yang pertama...
sambung di lain masa...... bye.....

No comments:
Post a Comment